Saturday, April 6, 2013

Bercuti ke Pulau Pangkor - Hari Pertama

Assalamualaikum wb.t :)

Hye pembaca CCL! Apa khabar anda semua? (Typical blogger bosan like me! Asal tang introduction je, itu je yg di tanya) Ampunnnn! Masih proses belajar. :')

Okay, kali ini bukan nk taip entry tentang produk2 yg Cik Ain jual. Hehe.. Kali ini Cik Ain nak cerita pengalaman Cik Ain bercuti dgn kawan2 Cik Ain, yakni housemates Cik Ain. Bajet? Dalam RM300 only.. Itupun sbnr nye mmg xsampai bnyk tu sbb sepatutnya kami boleh dpt lebih murah and below the budget. Ini gara2 kami booking tempat penginapan kami melalui org tengah menyebabkan harga resort kami lebih mahal dr yg sepatutnya. Tsk tsk tsk... -,- Seyes lepas ni xnk kena mcm ni lg!

Kami merancang segalanya dr bermula cuti semester lg. Then, bermula lah perancangan yg di idam-idamkan seminggu selepas minggu pengajian semester kedua bermula. Kami pergi berlima iaitu Cik Ain sndr, Nadya, Diana, Putri & Fyqa. Yeayy! :'D

Cik Ain, Fyqa, Diana, Putri & Nadya :)

Kami mulakan perjalanan bermula hari Jumaat yg sgt indah pd 8 March 2013 dr Sri Iskandar ke Jeti Lumut dan park kereta di parking bertingkat berbayar di bangunan yg di sediakan. Then, kami ke jeti utk membeli tiket feri dan juga berjumpa agen resort utk deposit urusan penginapan kami. Note: Jangan guna agen2 resort yg ade di jeti klu nk booking resort atau hotel anda nanti. Nnt caj lagi mahal. Kami dah kena! Nak bayar agen tu je dah RM150 melayang kt situ. Padahal harga resort utk 3D 2N bukan sampai RM250 pn! Sadis! Sebaliknya, pergi terus ke resort yg anda berkenan and booking! Lebih murah dr yg sepatutnya. Kalau rasa harga tu sesuai buat anda, silakan guna agen. Tiada masalah di situ. :)

Dekat Jeti Lumut ni ada ATM Maybank. So, baik anda draw duit siap2 kt sini ye sbb kt Pulau agak susah nk cari ATM. :)

Next, bermula perjalanan kami ke Pulau Pangkor. Tiket feri berharga RM10 seorang dewasa utk pergi & balik. Perjalanan dr Jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor dalam 30 minit. Sesampai di Jeti Pulau, kami menyewa Pinky Van (sbb van tu colour pink!) utk menghantar kami ke tempat penginapan kami. Dekat Pangkor ni, van di anggap sbg teksi. Keluar je dr Jeti Pangkor tu, akan nmpk berlonggok la van2 seperti ini menunggu pelanggan. Kita tinggal pilih jaa.. Sebelum kami ke tempat penginapan, kami berlima di ajak utk berjalan2 di sekitar Pulau Pangkor dgn bayaran sebanyak RM70. Dapat pulak pakcik driver yg sangat arif & ramah bercerita mengenai Pulau Pangkor ni, mmg terbaekk lah! Tempat pertama kami tujui adalah Kota Belanda, tempat bersejarah yg ada dalam Pulau Pangkor ni. Ape yg unik di Kota Belanda ni adalah struktur yg ada pd ground Kota Belanda ni. Ala2 taman English.. Lebih kurang laaa.. Haha. Xtau nk describe cmne. Tengok la gambar yg ade di bawah ni. Unik dan cantik! :)



Cantik kan struktur ground nye?

Selepas tu, kami menuju ke Muzium Pulau Pangkor. Muzium ni menyimpan bnyk barangan bersejarah & purba mcm wang kertas lama, alat2 nelayan yg digunakan pd zaman dahulu kala, sampan lama, gambar2 dan juga ade menceritakan mengenai sejarah Pulau Pangkor dan Puteri2 termasyhur yg pernah ada dalam lipatan sejarah Melayu dahulu kala. Yg bagusnya, kita boleh mengambil gambar ape yg ade dlm muzium ni. Dengan syarat xcuri atau terambil saja. Hehe.. Kalau anda ke sini, jangan lupa singgah ye! Hayati & hargai zaman sejarah kita. Owh, ada puteri cantik tau dalam muzium ni! ;)

Persekitaran Muzium :)

Then, kami menuju pula ke kilang yg menjual pelbagai jenis makanan laut & kering. Pakcik (lupa nk tanya name pakcik tu ape. Tsk!) tu kata owner kilang tu adalah Cina, tapi staff2 yg bekerja dalam kilang tu semuanya Melayu. Masuk je kilang tu, mcm2 Cik Ain beli. Hehe.. Kat sini je Cik Ain dah habis RM45, tapi tetap berbaloi. Beli utk bawak balik pd family especially adik2. Cik Ain pulak mmg suka sotong gula, so mmg itu yg di borongnya. Weee~~ :) (Syok sgt bershopping sampai lupa nak ambik gambar! Sobs)

Last pit stop kami adalah Tokong Cina. Seni bina di sini lebih kurang yg ade pd tokong2 cina yg ada di Malaysia ni. Yang uniknya pada tempat ni adalah replika Tembok Besar Cina yg di bina di sini. Comel jekk! :D Ada kancil,arnab dan kura2, tapi replika je lah. Boleh main tunggang2 siap! Hehe..

Replika Tembok Besar Batu China :)
1. Cik Ain & Fyqa :)
2. Cik Ain & Diana bersama haiwan kesukaan kami
3. Tgk Nadya paling comel dgn kura2 nyaa. ;)
Then, Cik Ain jumpa lah sesuatu yg unik pd batu2 tangga yg ade di situ. :)
Agak2 ape yg cuba di sampaikan ye? ;)
And, kami pun bergerak menuju ke resort penginapan kami di Teluk Nipah. Kalau bercuti ke Pulau Pangkor, tempat paling best selain Teluk Nipah adalah Pasir Bogak & Teluk Dalam. Tapi, selalunya Teluk Nipah menjadi pilihan pengunjung & pelancong sbb Teluk Nipah ni lagi happening dan resort nye berhadapan dgn pantai. Cantikk sampai boleh menangis! :'D Okay, over! Sepanjang perjalanan kami ke Teluk Nipah tu, mcm2 yg pakcik tu ceritakan mengenai sejarah & keistimewaan Pulau Pangkor. Sgt ramah & xlokek berkongsi cerita! Majority penduduk di Pulau Pangkor itu adalah kaum Cina, di ikuti Melayu & India.

Sesampai kami di Teluk Nipah, kami menuju ke bilik penginapan. Bilik penginapan pilihan kami bersama adalah Hornbill Resort. Berhadapan dgn laut. Dan kate agen tersebut, di sebabkan kami semua perempuan, beliau bg kami resort depan, lebih selamat katenye. Mula2 check-in, kami dapat bilik berasingan iaitu satu bilik utk Cik Ain & Nadya, satu bilik utk Diana, Putri & Fyqa. Tapi, di sebabkan ini percutian bersama, Diana request utk tukar bilik ke bilik yg boleh memuatkan kami berlima. Mula2 receptionist boy tu berat hati nk penuhi permintaan kami gara2 harga bilik yg di minta adalah berbeza dr sepatutnya kami bayar. Pujuk punya pujuk, kami pun dapat bilik yg lebih besar & selesa! Yeay! We love u, receptionist boy! ;D Owh, harga penginapan kami utk 3D 2N adalah RM290 termasok deposit yg telah dibayar kt agen tu. And, kata receptionist boy tu pulak kami sepatutnya dapat harga lebih murah dr itu. Harga bilik tu xsampai RM200 pun katanya. Bengang tau! Adehh... Xpasal je melayang RM150 kt agen tu. Tapi, xpelah... Rezeki utk agen tu jugak kan. Positive! :)

1. Dalam Pinky Van
2. Membiru-biru air laut!
3. Burung Enggang yg selalu dtg melawat
4. View dr dalam pinky van
Kenapa nama resort yg kami menginap namanya Hornbill Resort? Sebab resort ni selalu di kunjungi oleh burung enggang. Sangat jinak tau! Siap boleh bagi mkn lg kt atas tangan sndr. Syokkk! :') So, sbb tu nama resort ni Horbill Resort. Hihihi... Lepas dapat je tukar bilik, kami pun berehat2 melepaskan penat & membersihkan diri. Cik Ain sekatil dgn Fyqa, sementara Diana, Nadya & Putri sekatil. Cik Ain dapat sekatil ngan Fyqa sbb Fyqa xboleh tido rapat dgn org lain di sebabkan dirinya yg mudah sensitif pd sentuhan dan juga di sebabkan saiz badan Cik Ain ni. Paham2 laa.. Hehe. Dalam bilik ni, ada dua katil king size, satu bilik air dgn shower pemanas, televisyen, almari, meja make-up, drawer dan of course, air-cond. Hehe... Okay la, affordable dgn bajet yg ada. :)

Lepas berehat2 dan mengemas segala brg yg ada, kami mula bersiap2 utk mula bermandi-manda di pantai. Yes! Saat paling kami tunggu! Weee~~ Sbnrnye, Cik Ain dah lama xmandi pantai. Last time ke pantai pn masa Cik Ain semester 3 Diploma dulu tahun 2010. Kenangan terindah! ;) Then, kami pun mulalah bermandi-manda di tepi pantai yg sangatttttt cantik! Rasa nk menangis tgk cantik nya pantai ni! Ya Allah, indahnya ciptaan Mu! Subhanallah! Air laut nya sejuk dan nyaman, pengunjung2 yg xputus, mamat2 yg hansome (nampak tak dan cuci mata? Haha), keindahan yg xtergambar, petang yg damai & tenang... Mandi sampai boleh tengok ape yg ada di dasar air tu. Cantik sangatt! Subhanallah, lagi sekali! :')


Tapi, malang xberbau buat Cik Ain. First day je kat Pulau ni, kulit dah mula sunburn. Almaklum lah, kulit sensitif. Cepat je nk burn. Baru berapa jam je dekat sini. Sobs! Lagi satu, kaki Cik Ain dah mula luka-luka akibat xhati2, terlanggar & terpijak batu2 tajam yg ada di sekitar pantai ni. Sakit wooo! Macam kena hiris pisau tajam... Seyes sakit! Nak pijak lantai pun xboleh, betapa sakitnya! Tapi, xpe. Free gift dr Pangkor! :'( Puas bermandi-manda, kami pun mula beransur pulang ke bilik. Hari pun dah nak maghrib. Seyes seronokk! Mmg kami enjoy sesangat hari ni. Alhamdulillah, satu hari yg seronok! ;'D Balik dari mandi tu, kami di approach utk aktiviti keesokan harinya oleh seorang cik abang yg kebetulan berada di situ. So, kami pun set masa setelah cuba nego2 harga yg ditawarkan utk aktiviti esok. Tak sabarr! :D

Tips: Utk elak badan sakit2 lepas mandi laut, make sure lepas tu anda mandi dan membersihkan badan menggunakan air panas/suam. Nanti xde lah badan tu sakit2 nanti. :)

Di sebelah malam pula, sesi mengisi perut yg berkeroncong irama gamelan dah ni! Kedai2 makan yg ada di sekitar Teluk Nipah ni agak mahal berbanding yg biasa. So, kena lah pandai2 ye! So, pilihan kami adelah kedai nasi ayam hijau. Di sebabkan warna nasi ayam nya yg unik yg berwarna hijau, so kami memilih utk mengisi perut di situ. Kat area kedai makan ni akan ada busker yg menyanyi menghiburkan pelanggan yg ada di sekitar situ. Sedap suaranya! :) Tetapi, sedang kami makan nasi ayam hijau tu, satu kejadian telah berlaku pd kami menyebabkan kami terus berhenti mkn! Kami bayar harga mknn yg xsampai separuh pn di suap dan terus beredar memilih destinasi makanan yg lain. Dah lah tgh lapar gilaaa! Cik Ain sempat mkn 3 suap je okay! Yang lain pun sama. -,- Harga nasi ayam hijau tadi RM6.50 termasuk air. Biarlah hanya kami yg tahu. Akhirnya, pilihan kami restoran cina yg menyediakan makanan halal & staf nya pun Islam. Nasi goreng harga RM7 okay! Perghhhh... Bedal je lah! Nasib sedappp! Hehe.. ;p

Selesai mkn, kami pun mula beransur ke bilik penginapan. Penat siang hari masih terasa dek berjalan2 dan bermandi-manda di tepi pantai. Sebelum ke bilik, kami sempat berjalan2 ke tepi pantai seketika & ke kedai runcit yg ada di situ utk membeli bekalan makanan utk esok hari. First day di Pulau Pangkor ni Cik Ain dah habis RM144.50 di sini termasuk penginapan utk 2 mlm, ole2 utk family, roti & air mineral utk bekalan esok, tambang feri & pinky van, dan juga mkn mlm 2kali. Hehe... Esok pagi kami nak ber snorkeling, hoping island, banana boat & lain2 aktiviti yg best lg. Harga mmg paling best kami dapat! Rasanye susah kot nk dpt harga ni. Hehe.. Nak tau? Tunggu next entry ye! Bye! ;)

2 comments:

  1. aaaaa. bestnya! I am jealous! T___T' tssk. nak jugak ada trip macam gini. wuwuwu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. For sure, dear bestie! Nanti kita plan same2 okay? Go somewhere utk kita berdua je. Wink! :)

      Delete