Thursday, May 10, 2012

Makan Udang + Vitamin C = Keracunan Arsenik?? Eh?

Baru-baru ni, artikel yang dah lama di alam maya iaitu artikel berkaitan memakan udang dan vitamin C boleh menyebabkan keracunan arsenik kembali tersebar di ‘wall-wall’ facebook

ya, memang tidak dinafikan arsenik merupakan bahan yang beracun yang boleh meyebabkan kematian.

Ada yang nampak je tajuk macam tu, tangan cepat je tekan ‘share’ tanpa ambil tahu apa isi kandungan di dalam artikel tersebut. Nampak je ‘makan udang + Vitamin C = Arsenik = racun = mati! Cepat je percaya!

Jarang antara kita melihat dan meneliti terlebih dahulu artikel tersebut sebelum menyebarkannya.

Arsenik. Arsenik ni jika diperhatikan di periodic table bawah ni, ianya berada pada group yang ke 15. Maksudnya Arsenik ni merupakan sejenis element.




Periodic Table



Seperti apa yang kita pelajari pada Kimia di tingkatan 4, pengertian elament ialah;

An element or chemical element is the simplest form of matter in that it cannot be further broken down using any chemical means.

Maksudnya, Arsenik merupakan sejenis element.Element tidak boleh terbentuk oleh dua benda ataupun lebih, kerana iannya telah pun berada dalam bentuk yang paling ringkas.

Sama jugalah dengan emas iaitu aurum. Emas tidak akan terbentuk oleh gabungan dua bahan atau lebih. Manatahu lepas ni keluar pula artikel keracunan emas gara-gara makan Ayam panggang dan Vitamin C. Siapa tahu kan. :)

Kesimpulannya, lepas ni jika jumpa mana-mana artikel seperti ini, kaji selidik dahulu, dan barulah sebarkan. :)



Sumber: http://sadun91.blogspot.com/2012/01/makan-udang-dengan-vitamin-c-boleh.html

No comments:

Post a Comment