Saturday, May 12, 2012

Ummi Jahat! ♥

Assalamualaikum! Kenapa Cik Ain letak tajuk entry kali ini mcm ni? Sedangkan hari ni hari ibu? Jangan simply tuduh & kata Cik Ain macam-macam. Bacalah dulu...:')

Dulu selalu Cik Ain kata "ummi jahat!" dekat ummi setiap kali ummi marah Cik Ain. Dan ummi akan kata "Kalau ummi xjahat dulu, kamu xkan jadik mcm sekarang!". Betol lah apa yg ummi katakan tu. Kalau bukan kerana ummi, Cik Ain xkan mampu berdiri mcm ni sekarang. :)

Comel x ummi Cik Ain? :')


Yang sebenarnya ummi xjahat, tapi yg sebenarnya Cik Ain ada seorang ummi yg sangat awesome, tabah, sabar, sporting tapi garang! :) Semua orang punya seorang ummi yg begitu kan? Semua orang akan anggap diri mereka punya seorang ummi yg paling hebat di dunia! Yes, Cik Ain juga salah seorang dari anda! Walaupun kadangkala Cik Ain pernah marah, bengang & segala macam dgn ummi, but still she's the one who always care about me! Apa yg ummi pernah bebel, marah, rotan, pukul & segala pada Cik Ain dulu sebenarnya satu pengajaran buat Cik Ain hingga sekarang. Ada sebab mengapa seorang ibu selalu marah pada kita bila kita melakukan sesuatu yg tidak baik. :')

Cik Ain ingat lagi.....
Dulu Cik Ain sangat jahat! Tapi takdelah jahat tahap dewa. *Over! Apa Cik Ain xpernah buat? Semua Cik Ain pernah buat. So, badan Cik Ain ni kira dah biasa kena pukulan, bantaian, hentaman, belasahan & segala 'an' lagilah! Dah serupa jantan perangai Cik Ain dulu! Takpe, saya kuat! :'D

Antara yg Cik Ain masih ingat Cik Ain kena... That time Cik baru sekolah rendah lagi kott. Dalam darjah 1 atau 2. Haritu Cik Ain teringin sangat nak mkn ais krim, tapi Cik Ain xde duit. Nak mintak dgn ummi, confirm xdapat! Maklumlah, Cik Ain memang dari kecik xreti meminta itu & ini dari ummi. Bukan macam budak-budak sekarang. Mintak itu ini xdapat, mula nak mengamuk hentak kaki lari rumah bagai! Then, Cik Ain masuk ke bilik ummi and nampaklah duit syiling RM1(mase ni duit syiling RM1 wujud lagi, yg colour gold tu). Cik Ain ambiklah duit tu dan simpan dalam poket seluar. Kebetulan lepas tu, ummi suruh Cik Ain tolong hantar barang ke rumah seseorang. Cik Ain pun dgn rela suka hatinya terus je setuju nak tolong. Yelah, masa ni lah peluang nak keluar & beli ais krim! Lepas hantar barang, Cik Ain terus pergi beli ais krim RM1 kat bawah blok & makan masa tu jgk! Makan cepat-cepat & terus balik! Dan-dan masa dah sampai rumah, ummi boleh tanya Cik Ain sape amik duit RM1 dalam biliknya. Cik Ain xmengaku & buat senyap. Ummi paksa & marah sebab dia tau xde sape yg boley amik duit tu selain Cik Ain. Cik Ain kelentong sana sini & akhirnya kantoi! Apa lagi, ummi sgt mengamuk dan tahu x ape ummi buat? Ummi ke dapur & ambik segenggam cili kering dan tonyoh kt mulut Cik Ain! Habis Cik Ain kepedasan & kepedihan & segala rasa masa tu. Ummi xsuka anak-anaknya menipu. Hamekkk kau! Menangis berguling Cik Ain masa tu. Boleh bayangkan x? Sape pernah kena mcm tu? But, still.. Terima kasih ummi! Pengalaman yg mengajar! :'D

Ada sekali Cik Ain pernah kena pukul dilibas berkali-kali sebab Cik Ain xingat & xboleh baca semula Muqaddam! Masa ni Cik Ain dah start baca Al-Quran khatam berkali-kali. Bukan nak noob ye, hanya berkongsi! Masa Cik Ain sekolah rendah lagi. Satu malam, ummi suruh amik Muqaddam & baca semula semua surah yg ada dalam Muqaddam tu & habiskan satu malam! Oh my God! Cik Ain tergagap-gagap nak baca balik isi Muqaddam tu. Dari surah Al-Fatihah sampai surah An-Naba'! Padahal, baca Al-Quran punyalah laju! Apa lagi, ummi sediakan rotan yg halus tu & duduk depan Cik Ain. Satu ayat Cik Ain salah, satu rotan kena kt peha Cik Ain! So, start dr mula Muqaddam sampai habis, habis peha Cik Ain kena pukulan demi pukulan dr ummi. Menangis xusah cakap lah! Memang menitik sehabis-habisnya! Malam tu Cik Ain tido dgn air mata & kesakitan. Peha Cik Ain naik bengkak & Cik Ain xboley duduk bersila. Sakit yg amat! Tapi, hati seorang ibu mana boley tgk anaknya kesakitan kan? Malam tu masa Cik Ain tido, Cik Ain perasan yg ummi sapu minyak kt peha Cik Ain utk kurangkan rasa sakit. See? Walaupun ummi garang, ummi tetap ibu yg penyayang, yg baik. Dan disebabkan pukulan-pukulan tu, Cik Ain masih ingat surah-surah pendek dalam Muqaddam tu sampai sekarang walaupun tidak semua. Alhamdulillah! Ada kebaikannya ummi buat begitu pd Cik Ain. Terima kasih, ummi! :')

Apa lagi yg Cik Ain xpernah kena? Kena kurung dlm stor belakang rumah tanpa makan minum selama 2 hari pun pernah! Kena bantai dgn batang paip, tali pinggang, hanger, rotan pernah! Kena puasa selama 3 hari pun pernah! Kena bantai dgn kerusi pernah! Kena hentak kepala ke dinding pun pernah! Kena pijak perut pernah! Kena rendam sampai nak lemas dalam air pun pernah! Kena tarik rambut pernah! Kena campak pun pernah! Kena cubit, piat telinga tu xpayah ceritalah! Dah biasa! Pendek kata badan Cik Ain ni memang dah terlalu biasa dgn semua ni. Cik Ain cerita tentang semua ni bukan nak kata ummi Cik Ain jahat! DON'T EVER DARE TO SAY MY UMMI LIKE THAT! Semua salah Cik Ain, sebab Cik Ain yg nakal, yg jahat, yg selalu buat ummi susah hati dgn perangai Cik Ain! Apa yg ummi buat bukan deraan, tapi satu didikan! Didikan yg sgt berguna. Trust me! :)

Sapa kata ummi garang? Ummi hanya garang apabila anak-anaknya masih kecil. Masih memerlukan bimbingan. Jadi, si anak yg kecil perlu di didik dan di asuh. Bukan di manja berlebih-lebihan! Apabila si anak meningkat umur remaja, jadikanlah anak itu sebagai seorang kawan supaya si anak lebih selesa & hormat dgn ibunya. Begitulah yg diajar oleh Rasulullah s.a.w tentang pendidikan anak-anak kan? (Perbetulkan jika Cik Ain silap). Jadik, itulah yg sebenarnya ummi lakukan. 

Hakikatnya, ummi sangat sporting & superb! Dialah ibu, ummi, ayah, guru, tukang basuh, tukang masak, tukang kemas, tukang cerita, tukang segala tukang lah! Ummi sangat kelakar, loyar buruk, penyabar, tabah, penyelesai masalah & segala-galanya! Dialah tulang belakang kami 8 beradik! Kalau xde ummi, hilang tempat bergantung kami. Ummi selalu pesan, "doa ummi bnyk2 bg ummi panjang umur dapat jaga & didik anak-anaknya". Dialah ibu & ayah kami. Impiannya sgt besar, mahu lihat anak-anaknya berjaya dunia & akhirat! Mahu hantar 8 orang anaknya ke menara gading dgn hasil usahanya sendiri walaupun keluarga kami bukan org senang! Dan hasilnya, anak-anaknya sedang meniti sedikit demi sedikit impiannya. Pencapaian kami dalam segala ujian & peperiksaan membanggakan ummi. Satu demi satu anaknya menempa nama walaupun hanya peringkat sekolah. Cik Ain dgn pencapaian Cik Ain, walau hanya pelajar terbaik SPM diperingkat sekolah & sudah pun habis diploma tanpa sebarang pinjaman, Yang sudah pun menyambung pelajarannya walaupun sedikit lewat, Aqi, juga salah seorang student terbaik SPM hanya peringkat sekolah & bakal menyambung ke UiTM Penang, Fathi sedang belajar di sekolah teknik dgn pencapaian PMR yg membanggakan, Balhah menyambung ke sekolah biasa walaupun result UPSR nya boley melayakkannya ke sekolah yg bagus namun memilih utk bersekolah biasa, si Qari(Pak Tam) si genius dalam adik-beradik kami mendapat anugerah pelajar terbaik peringkat wilayah baru-baru ini, dan lagi si kecil berdua, Bahili & Puteri masih lagi gigih membina mengikut jejak langkah yg di atas, insya Allah!

Ummi, ibu yang gigih mendidik anak-anaknya & sanggup bekerja keras demi sesuap nasi kami adik beradik! Biarlah kami hanya makan nasi & ikan masin asalkan kami tidak berlapar. Hari demi hari hingga ke hari ini, masih gigih dan terus gigih. Dan semakin hari, rezeki kami semakin cerah. Alhamdulillah! Berkat doa & usaha si ibu, kejayaan & sedikit kesenangan sedikit demi sedikit di peroleh. Penderitaan keluarga kami selama berbelas tahun semakin berkurangan. Kami xkisah kami hilang ayah, tapi janganlah hilang ummi kami! Dia segala-galanya buat kami! Ye, kami hanya punya ummi. Tiada si ayah di sisi selama kami membesar. Hanya derita yg di beri olehnya pd kami. Pedulikan apa orang mahu kata. Kami tetap terima & redha! Alhamdulillah! :')

Buat ummi, andai ummi terbaca luahan anak mu ini..
Cuma mahu ummi tahu, Yong sayangkan ummi sampai bila-bila! Sampai ke syurga. Moga syurga adalah tempat buatmu. Moga Allah sentiasa bersama ummi. Moga Allah sentiasa permudahkan urusan ummi. Moga Allah panjangkan umur ummi supaya sempat Yong balas semua jasa-jasa ummi yg xterbalas itu. Moga ummi sentiasa maafkan anak mu yg hina ini. Moga ummi halalkan air susu yg pernah ummi beri pada Yong. Moga ummi selalu doakan Yong kemana sahaja anak mu ini pergi. Tanpa doa ummi, Yong xkan boley sampai ke tahap ini! Kalau dulu ummi xpukul xbantai xhentam Yong, Yong xkan  boley sampai ke peringkat ini. Alhamdulillah! Allah beri Yong seorang ibu yg hebat & tabah seperti ummi. Bermacam dugaan menimpa keluarga kita, semua itu kita laluinya dgn sempurna. Walau tanpa seorang suami di sisi, walaupun kami tanpa seorang ayah, namun semua itu xmematahkan semangat ummi. Kami sayangkan ummi! Sayang sangat sampai bila-bila! Moga Jannah buat mu di akhirat sana nanti, UMMI! Aamiin.. :')

My Awesome Ummi!

Nota kaki: Ambillah apa yg Cik Ain cerita ini sebagai satu pengajaran. Ia hanyalah secebis dr kenangan dan cerita masa silam Cik Ain. Apa yg penting, bukan kita yg dulu tapi diri kita yg sekarang & masa depan nanti. Itu yg paling penting. Lain orang, lain cerita, lain pengajarannya. :)

Thursday, May 10, 2012

Makan Udang + Vitamin C = Keracunan Arsenik?? Eh?

Baru-baru ni, artikel yang dah lama di alam maya iaitu artikel berkaitan memakan udang dan vitamin C boleh menyebabkan keracunan arsenik kembali tersebar di ‘wall-wall’ facebook

ya, memang tidak dinafikan arsenik merupakan bahan yang beracun yang boleh meyebabkan kematian.

Ada yang nampak je tajuk macam tu, tangan cepat je tekan ‘share’ tanpa ambil tahu apa isi kandungan di dalam artikel tersebut. Nampak je ‘makan udang + Vitamin C = Arsenik = racun = mati! Cepat je percaya!

Jarang antara kita melihat dan meneliti terlebih dahulu artikel tersebut sebelum menyebarkannya.

Arsenik. Arsenik ni jika diperhatikan di periodic table bawah ni, ianya berada pada group yang ke 15. Maksudnya Arsenik ni merupakan sejenis element.




Periodic Table



Seperti apa yang kita pelajari pada Kimia di tingkatan 4, pengertian elament ialah;

An element or chemical element is the simplest form of matter in that it cannot be further broken down using any chemical means.

Maksudnya, Arsenik merupakan sejenis element.Element tidak boleh terbentuk oleh dua benda ataupun lebih, kerana iannya telah pun berada dalam bentuk yang paling ringkas.

Sama jugalah dengan emas iaitu aurum. Emas tidak akan terbentuk oleh gabungan dua bahan atau lebih. Manatahu lepas ni keluar pula artikel keracunan emas gara-gara makan Ayam panggang dan Vitamin C. Siapa tahu kan. :)

Kesimpulannya, lepas ni jika jumpa mana-mana artikel seperti ini, kaji selidik dahulu, dan barulah sebarkan. :)



Sumber: http://sadun91.blogspot.com/2012/01/makan-udang-dengan-vitamin-c-boleh.html