Thursday, September 1, 2016

Amoura Lipstick by Amoura Cosmetics (#amouracosmetics)

Assalamualaikum... Muahciked. Eh tibahhh! 😂

Okayy okayy... I know I dah mungkir janji kan. Konon ni menulis banyak2 la lps last entry dulu, tp xada update dr kita kan? 😅 Kalau ada benda nk dijual je baru la terhegeh-hegeh cari my blog ni. Nasib baik jenis kepala otak ni mengingat, kalau tak agaknya password blog ni pun lupe. Kahkahkah

Okay, this time entry is about one super thing that i sell online currently. (Speaking kau! Boo me! Haha. LOL)

Taraaaa....



Dari kiri ; Red Vevet, Mulberry, Naturally Nude, Dusty Rose, Brown Fox

Amoura Lipstick by Amoura Cosmetics (#amouracosmetics)


Model donning all 5 colours from Amoura Lipstick

Seriously, by the first time Cik Ain try the lipstick, i fell in LOVE! Know why? Please baca dan hadam apa yg Cik Ain akan bebel kat bawah okay! Haha.. Paksa ni. 😂

1. Sangat ringan : Very lightweight

Bila je kita apply lipstik ni dekat bibir, at first mmg akan rasa like creamy-nya lipstik ni. If u know what i mean. But, bila Amoura Lipstik ni start mengering, Ya Allah seriously! Rasa bibir tu xpakai apa-apa lipstik pun. Thats why I said sangat ringan! And, walaupun lipstik tu dah bg effect matte dekat bibir mungil awokk tu, Amoura ni xakan mengeringkan bibir awak pun. In fact, bibir kita akan rasa sangat lembab. Tak menggelupas tak kering tak lebam tak melekit tak tak tak. Paham tak perasaan Cik Ain ni bila guna Amoura ni? Sangat best! *over tau

2. Melembab bibir

Rasanya mcm semua wanita tau bila ade matte effect, selalunya kita terus terfikir yang matte ni akan buat bibir kita kering/flakey. Okay, satu tip Cik Ain bagi for those yang nak pakai matte lipstik ni. Before apply any lipstik lagi-lagi yang matte, scrubbing dulu bibir awak tu dengan gula+madu+minyak zaitun (Oh, in previous entry ade saya terangkan kenapa kita kene scrub bibir kita. Please jadik rajin pergi baca sana! Babapp kangg.. Heee 😁). For sure, lepas kita buat scubbing tu, bibir akan lagi cantik bila apply any lipstik. Siap boleh buat orang lain yg pandang rasa mcm "Geramnya bibir dia ni!" Haaaa kauu... Gitu fefeeling dia! 😂 Lagi pulak dengan Amoura Lipstik ni, lagi bertambah mungil bibir tu. Silap ada yang tak keluar rumah. Eh? Haha. Dalam Amoura ni, ada Shea Butter yang mana sangat membantu utk melembabkan bibir. So, Amoura ni bukan semata concern dengan kecantikan semata, tapi turut concern dengan kesihatan bibir kita ni tau. Wahhh terharu sangat! 😍

3. Warna sangattttttt meletups!

Ada 5 colours dalam rangkaian lipstiks Amoura ni.

  • Red Velvet
  • Mulberry
  • Naturally Nude
  • Dusty Rose
  • Brown Fox


Bila customers Cik Ain tanya, mana cantik? Cik Ain akan cakap SEMUA cantik. 😅 sebab mmg semua cantik tau. Yang mana favourite Cik Ain? SEMUA okayyy! *tamak kau! Cik Ain tak tipu, mmg semua cantik dan Cik Ain amik semua warna dari Amoura Lipstik ni sebagai koleksi peribadi Cik Ain sendiri. Plus, kita boleh mix and match kan semua warna lipstik ni mengikut kesesuaian kita. Contoh;
  • Red Velvet + Dusty Rose
  • Brown Fox + Naturally Nude
  • Mulberry + Brown Fox

Bukan semata boleh apply satu warna je dalam satu masa. Plus, sekarang kan mmg trend wanita suka mix and match warna-warna lipstik pada satu masa. So, why don't give it a try to this beautiful Amoura? I bet u will love it like a stars in the sky. Okay, itu hiperbola. 😂





So, kesimpulannya Amoura Lipstik ni sangat ringan, xmelekit walaupun die cream matte, all the colours sangat meletups which akan sangat sesuai utk semua wanita walaupun different skin colours, melembab bibir kita walaupun die bg effect matte to our lips sebab ada shea butter as one of its ingredient inside dan paling penting harganya sangat affordable.

Hanya RM 39.00 per piece. Exclude postage ya. Please add postage charge RM6 nationwide.

1 Amoura Lipstik for RM 39.00
2 Amoura for RM 78.00
3 Amoura for RM 117.00
4 Amoura for RM 156.00
5 Amoura for RM 195.00

Please add postage charge RM 6 ya for every purchase. Tapi, kalau beli all 5 colours, Cik Ain bagi FREE POSTAGE! Yeayyyy....! 😁 So, boleh direct buat pembelian dari Cik Ain ya. Boleh whatsapp/imessage/message di no 0193791261 atau ke facebook page Cik Ain ---> The Beauty Gobok.

Tata for now. 💋





Saturday, September 12, 2015

Lipstik Skiva 2000 - Kod 300 (hashtag: lipstikdarah)

Assalamualaikum...

Berhabuk bersawang berjelaga dah blog ni kan. Maaf semua. :)

Mintak2 lah kita konsisten update blog lepas ni. Hewhewhew --- Propa lebih si dia ni tau! -.-

Ok, untuk kita warm up balik aktiviti menulis mencoret kita, kita update dulu another warna Lipstik Skiva 5000 kita.

Bukan lah baru sebenarnya, cuma sebelum ni kita just fokus pada satu color je. But, then ada jugak customer2 kite sebelum ni yg memang tahu kewujudan lagi satu warna lipstik skiva ni.

Warnanya adalah ber Kod 300 and ia berwarna putih.Heee... and yes, masih mengikut warna darah!

Apakah perbezaannya antara 500 & 300 ni?

1. Kod 300 ni lebih kepada warna soft sesuai utk si pemakai yg lebih sukakan warna bibirnye lebih lembut, antaranya lebih kepada pink colour, soft purple, soft pink, dusty pink, etc.

2. Itu je kot perbezaan antara Kod 500 & 300 ni. Sekian.. haha. Antara kelebihan lain lipstik ni adalah sama dengan Lipstik Skiva 500. Anda semua boleh bacanye di sini ----> Lipstik Skiva 5000 - Kod 500

Me donning the Kod 300! :-*


Lipstik Skiva 5000 - Kod 300


See my picture up there by using Lipstik Skiva 5000 - Kod 300! Purple gituuu.. Cantik! And, i really love this colour when it apply to my lips! Biasanye kita guna this one bila i feel so relax & feeling2 soft that day. Haha...

So, itu sahaja buat masa ini. Hihi... Macam pendek pulak kan entry warm up ni, Alaaa.. panjang2 pun ada ke yg nak baca? Hikhikhik

Kalau anda semua berminat dengan Kod 300 ni atau pun best seller kita Kod 500, please please please whatsapp/mesej kita ke no 0193791261 !

Harga still sama. Cuma RM24 exclude postage. RM6 postage fee ke seluruh Malaysia ye! See ya! Muahxxxx! :'D

Tuesday, October 22, 2013

Luahan hati: Episod 1



Kaki ini masih ingin melangkah lebih jauh. Masih ingin merantau lebih jauh. Mencari erti bahagia. Mencari di mana letaknya diri aku di mata dunia. Di mata manusia. Yg paling penting di mata Allah.

Selama ini maruah aku sering di pijak. Sering di hina. Sering di maki. Sering berada di bawah tapak kaki manusia dengki & khianat. Aku biarkan walau aku tahu aku xbersalah.

Tipikal manusia biasa. Sering nmpk keburukan yg di buat org lain langsung di heboh-hebohkan, sedangkan kebaikan org itu langsung di abaikan. Aku jugak manusia biasa. Namun, aku masih tau yg mana harus aku smpai kan atau tidak. Bukan sesenang itu aku menerima berita. Dengar, diam, fikir. Mulut xperlu bersuara jika ia memudaratkan.

Bila aku mula keluar dr kelompok 'selamat' itu, aku nekad utk merubah segalanya. Biarpun sepicing kejahatan yg aku lakukan, aku hanya seorang diri. Biar sebesar zarah kebaikan aku buat, hanya aku yg tahu. Biar yg di atas menilai nya. Xkan aku biar lagi harga diri ini di pijak lagi.

Selamanya!

Sekian.

Monday, October 21, 2013

Lipstick Skiva 2000 - Kod 500 (hashtag: lipstikdarah)

New look!



Assalamualaikum.

Tujuan hari ni sebab nk promote lipstik kesukaan kite. Hiks... Gedik mode on. Pffftt! -.-" 

Setiap kali pakai & pergi kerja, ramai yg ckp especially yg gegurl ni la kann.. "Eh, lipstik u xhilang eh? Same je warna die even dah kerja more than 10 hours. Lipstik ape u guna?" "Cantik lah warna bibir u. U guna lipstik ape?" 

Ok, lipstik ni mmg jadi favourite all the time dr dulu lg, hatta zaman sekolah lagi. Gituuu... Kecik2 dah pandai make up kan. Tak ke ke gelenya name nye? Lol! 

Name lipstik ni ada lah Skiva 2000. Kod nya adalah 500 dan mmg ini sahaja kod yg ada & kita jual dgn harga hanya RM24 exclude pos! *Pos fee ke seluruh Malaysia adalah RM6 sahaja ye! ;)

Apa keistemewaan lipstik ni sampai boleh jadi favourite all the time saya?

1. Tahan lama hingga 24 jam. Malah esok bangun tido pun lipstik tu dok ade lagi kalau xguna make up remover. Xperlu calit banyak2 kali ke bibir hanya utk pastikan warna lipstik tu xpudar. Warna dia xakan pudar hingga 24 jam ok? Dan kalau minum pn, lipstik tu xkan melekat pada cawan atau botol yg di minum tu. 

2. Melembabkan bibir all day. Rumusan yg ade dalam lipstik ni menggunakan bahan semulajadi iaitu Canoba Oil which is melembabkan bibir dan tidak mengeringkan bibir. Sangat bagus ok!

3. Haaa.. Ni the best about lipstik ni. Walau kita jual hanya satu jenis lipstik sahaja, tp warna yg akan di pakai oleh setiap wanita atau sesiapa sahaja akan berlainan warna nya. Lipstik ni mengikut warna darah kita. Lain org yg memakai, lain warna nya. Ade yg jdk warna merah hati, merah terang, pink, orange, merah lembut & sebagainya. Xsemua org warna darah nya sama kan? So, lipstik ni flexible. Xperlu nk tgk sesuai ke tidak warna lipstik dgn kita mcm yg di beli di pasaraya atau any kedai kosmetik. Lipstik ni akan terus sesuai dgn si pemakai nya & paling penting mengikut warna darah kita.

4. Kalau anda ambil wuduk utk menunaikan solat, xperlu bersusah payah utk tanggalkan warna lipstick ini dr bibir mungil anda itu. Kerana, ia boleh dipakai ketika solat anda. Senang, mudah, cantik, menawan! Cubalah! Pasti xmenyesal! Yang penting, ada pengesahan KKM, darls! ;)

Macam Cik Ain sendiri warnanya jadik merah terang. Mengaummm je tgk kan? Daring gituu.. Ape tidak nye setiap hari kerja Cik Ain berjumpa customer, so penampilan kita perlu sempurna. Xperlu pakai make up tebal-tebal pun takpe, cukup sekadar lipstik di bibir mampu menyempurnakan diri kita. Hiks...

Kalau nk tahu, lipstik ni mmg menjadi top sales and menjadi lipstik paling favourite di kalangan gegurls mcm kita ni. Xkira umur, xkira peringkat, xkira apa mmg ramai sangat suka dgn lipstik ni. :D 

So, kalau berkenan dan mahukan lipstik ni, boleh terus order dan hubungi melalui SMS/Whatsapp/Viber & sewaktu dgn nya ke no 0193791261 atau boleh lihat di Instagram/Facebook kita di The Beauty Gobok :)

Nota kaki: Warna casing lipstik dah bertukar ke kaler hitam ye. Warna lipstik saja yg tidak bertukar. :)

Saturday, May 12, 2012

Ummi Jahat! ♥

Assalamualaikum! Kenapa Cik Ain letak tajuk entry kali ini mcm ni? Sedangkan hari ni hari ibu? Jangan simply tuduh & kata Cik Ain macam-macam. Bacalah dulu...:')

Dulu selalu Cik Ain kata "ummi jahat!" dekat ummi setiap kali ummi marah Cik Ain. Dan ummi akan kata "Kalau ummi xjahat dulu, kamu xkan jadik mcm sekarang!". Betol lah apa yg ummi katakan tu. Kalau bukan kerana ummi, Cik Ain xkan mampu berdiri mcm ni sekarang. :)

Comel x ummi Cik Ain? :')


Yang sebenarnya ummi xjahat, tapi yg sebenarnya Cik Ain ada seorang ummi yg sangat awesome, tabah, sabar, sporting tapi garang! :) Semua orang punya seorang ummi yg begitu kan? Semua orang akan anggap diri mereka punya seorang ummi yg paling hebat di dunia! Yes, Cik Ain juga salah seorang dari anda! Walaupun kadangkala Cik Ain pernah marah, bengang & segala macam dgn ummi, but still she's the one who always care about me! Apa yg ummi pernah bebel, marah, rotan, pukul & segala pada Cik Ain dulu sebenarnya satu pengajaran buat Cik Ain hingga sekarang. Ada sebab mengapa seorang ibu selalu marah pada kita bila kita melakukan sesuatu yg tidak baik. :')

Cik Ain ingat lagi.....
Dulu Cik Ain sangat jahat! Tapi takdelah jahat tahap dewa. *Over! Apa Cik Ain xpernah buat? Semua Cik Ain pernah buat. So, badan Cik Ain ni kira dah biasa kena pukulan, bantaian, hentaman, belasahan & segala 'an' lagilah! Dah serupa jantan perangai Cik Ain dulu! Takpe, saya kuat! :'D

Antara yg Cik Ain masih ingat Cik Ain kena... That time Cik baru sekolah rendah lagi kott. Dalam darjah 1 atau 2. Haritu Cik Ain teringin sangat nak mkn ais krim, tapi Cik Ain xde duit. Nak mintak dgn ummi, confirm xdapat! Maklumlah, Cik Ain memang dari kecik xreti meminta itu & ini dari ummi. Bukan macam budak-budak sekarang. Mintak itu ini xdapat, mula nak mengamuk hentak kaki lari rumah bagai! Then, Cik Ain masuk ke bilik ummi and nampaklah duit syiling RM1(mase ni duit syiling RM1 wujud lagi, yg colour gold tu). Cik Ain ambiklah duit tu dan simpan dalam poket seluar. Kebetulan lepas tu, ummi suruh Cik Ain tolong hantar barang ke rumah seseorang. Cik Ain pun dgn rela suka hatinya terus je setuju nak tolong. Yelah, masa ni lah peluang nak keluar & beli ais krim! Lepas hantar barang, Cik Ain terus pergi beli ais krim RM1 kat bawah blok & makan masa tu jgk! Makan cepat-cepat & terus balik! Dan-dan masa dah sampai rumah, ummi boleh tanya Cik Ain sape amik duit RM1 dalam biliknya. Cik Ain xmengaku & buat senyap. Ummi paksa & marah sebab dia tau xde sape yg boley amik duit tu selain Cik Ain. Cik Ain kelentong sana sini & akhirnya kantoi! Apa lagi, ummi sgt mengamuk dan tahu x ape ummi buat? Ummi ke dapur & ambik segenggam cili kering dan tonyoh kt mulut Cik Ain! Habis Cik Ain kepedasan & kepedihan & segala rasa masa tu. Ummi xsuka anak-anaknya menipu. Hamekkk kau! Menangis berguling Cik Ain masa tu. Boleh bayangkan x? Sape pernah kena mcm tu? But, still.. Terima kasih ummi! Pengalaman yg mengajar! :'D

Ada sekali Cik Ain pernah kena pukul dilibas berkali-kali sebab Cik Ain xingat & xboleh baca semula Muqaddam! Masa ni Cik Ain dah start baca Al-Quran khatam berkali-kali. Bukan nak noob ye, hanya berkongsi! Masa Cik Ain sekolah rendah lagi. Satu malam, ummi suruh amik Muqaddam & baca semula semua surah yg ada dalam Muqaddam tu & habiskan satu malam! Oh my God! Cik Ain tergagap-gagap nak baca balik isi Muqaddam tu. Dari surah Al-Fatihah sampai surah An-Naba'! Padahal, baca Al-Quran punyalah laju! Apa lagi, ummi sediakan rotan yg halus tu & duduk depan Cik Ain. Satu ayat Cik Ain salah, satu rotan kena kt peha Cik Ain! So, start dr mula Muqaddam sampai habis, habis peha Cik Ain kena pukulan demi pukulan dr ummi. Menangis xusah cakap lah! Memang menitik sehabis-habisnya! Malam tu Cik Ain tido dgn air mata & kesakitan. Peha Cik Ain naik bengkak & Cik Ain xboley duduk bersila. Sakit yg amat! Tapi, hati seorang ibu mana boley tgk anaknya kesakitan kan? Malam tu masa Cik Ain tido, Cik Ain perasan yg ummi sapu minyak kt peha Cik Ain utk kurangkan rasa sakit. See? Walaupun ummi garang, ummi tetap ibu yg penyayang, yg baik. Dan disebabkan pukulan-pukulan tu, Cik Ain masih ingat surah-surah pendek dalam Muqaddam tu sampai sekarang walaupun tidak semua. Alhamdulillah! Ada kebaikannya ummi buat begitu pd Cik Ain. Terima kasih, ummi! :')

Apa lagi yg Cik Ain xpernah kena? Kena kurung dlm stor belakang rumah tanpa makan minum selama 2 hari pun pernah! Kena bantai dgn batang paip, tali pinggang, hanger, rotan pernah! Kena puasa selama 3 hari pun pernah! Kena bantai dgn kerusi pernah! Kena hentak kepala ke dinding pun pernah! Kena pijak perut pernah! Kena rendam sampai nak lemas dalam air pun pernah! Kena tarik rambut pernah! Kena campak pun pernah! Kena cubit, piat telinga tu xpayah ceritalah! Dah biasa! Pendek kata badan Cik Ain ni memang dah terlalu biasa dgn semua ni. Cik Ain cerita tentang semua ni bukan nak kata ummi Cik Ain jahat! DON'T EVER DARE TO SAY MY UMMI LIKE THAT! Semua salah Cik Ain, sebab Cik Ain yg nakal, yg jahat, yg selalu buat ummi susah hati dgn perangai Cik Ain! Apa yg ummi buat bukan deraan, tapi satu didikan! Didikan yg sgt berguna. Trust me! :)

Sapa kata ummi garang? Ummi hanya garang apabila anak-anaknya masih kecil. Masih memerlukan bimbingan. Jadi, si anak yg kecil perlu di didik dan di asuh. Bukan di manja berlebih-lebihan! Apabila si anak meningkat umur remaja, jadikanlah anak itu sebagai seorang kawan supaya si anak lebih selesa & hormat dgn ibunya. Begitulah yg diajar oleh Rasulullah s.a.w tentang pendidikan anak-anak kan? (Perbetulkan jika Cik Ain silap). Jadik, itulah yg sebenarnya ummi lakukan. 

Hakikatnya, ummi sangat sporting & superb! Dialah ibu, ummi, ayah, guru, tukang basuh, tukang masak, tukang kemas, tukang cerita, tukang segala tukang lah! Ummi sangat kelakar, loyar buruk, penyabar, tabah, penyelesai masalah & segala-galanya! Dialah tulang belakang kami 8 beradik! Kalau xde ummi, hilang tempat bergantung kami. Ummi selalu pesan, "doa ummi bnyk2 bg ummi panjang umur dapat jaga & didik anak-anaknya". Dialah ibu & ayah kami. Impiannya sgt besar, mahu lihat anak-anaknya berjaya dunia & akhirat! Mahu hantar 8 orang anaknya ke menara gading dgn hasil usahanya sendiri walaupun keluarga kami bukan org senang! Dan hasilnya, anak-anaknya sedang meniti sedikit demi sedikit impiannya. Pencapaian kami dalam segala ujian & peperiksaan membanggakan ummi. Satu demi satu anaknya menempa nama walaupun hanya peringkat sekolah. Cik Ain dgn pencapaian Cik Ain, walau hanya pelajar terbaik SPM diperingkat sekolah & sudah pun habis diploma tanpa sebarang pinjaman, Yang sudah pun menyambung pelajarannya walaupun sedikit lewat, Aqi, juga salah seorang student terbaik SPM hanya peringkat sekolah & bakal menyambung ke UiTM Penang, Fathi sedang belajar di sekolah teknik dgn pencapaian PMR yg membanggakan, Balhah menyambung ke sekolah biasa walaupun result UPSR nya boley melayakkannya ke sekolah yg bagus namun memilih utk bersekolah biasa, si Qari(Pak Tam) si genius dalam adik-beradik kami mendapat anugerah pelajar terbaik peringkat wilayah baru-baru ini, dan lagi si kecil berdua, Bahili & Puteri masih lagi gigih membina mengikut jejak langkah yg di atas, insya Allah!

Ummi, ibu yang gigih mendidik anak-anaknya & sanggup bekerja keras demi sesuap nasi kami adik beradik! Biarlah kami hanya makan nasi & ikan masin asalkan kami tidak berlapar. Hari demi hari hingga ke hari ini, masih gigih dan terus gigih. Dan semakin hari, rezeki kami semakin cerah. Alhamdulillah! Berkat doa & usaha si ibu, kejayaan & sedikit kesenangan sedikit demi sedikit di peroleh. Penderitaan keluarga kami selama berbelas tahun semakin berkurangan. Kami xkisah kami hilang ayah, tapi janganlah hilang ummi kami! Dia segala-galanya buat kami! Ye, kami hanya punya ummi. Tiada si ayah di sisi selama kami membesar. Hanya derita yg di beri olehnya pd kami. Pedulikan apa orang mahu kata. Kami tetap terima & redha! Alhamdulillah! :')

Buat ummi, andai ummi terbaca luahan anak mu ini..
Cuma mahu ummi tahu, Yong sayangkan ummi sampai bila-bila! Sampai ke syurga. Moga syurga adalah tempat buatmu. Moga Allah sentiasa bersama ummi. Moga Allah sentiasa permudahkan urusan ummi. Moga Allah panjangkan umur ummi supaya sempat Yong balas semua jasa-jasa ummi yg xterbalas itu. Moga ummi sentiasa maafkan anak mu yg hina ini. Moga ummi halalkan air susu yg pernah ummi beri pada Yong. Moga ummi selalu doakan Yong kemana sahaja anak mu ini pergi. Tanpa doa ummi, Yong xkan boley sampai ke tahap ini! Kalau dulu ummi xpukul xbantai xhentam Yong, Yong xkan  boley sampai ke peringkat ini. Alhamdulillah! Allah beri Yong seorang ibu yg hebat & tabah seperti ummi. Bermacam dugaan menimpa keluarga kita, semua itu kita laluinya dgn sempurna. Walau tanpa seorang suami di sisi, walaupun kami tanpa seorang ayah, namun semua itu xmematahkan semangat ummi. Kami sayangkan ummi! Sayang sangat sampai bila-bila! Moga Jannah buat mu di akhirat sana nanti, UMMI! Aamiin.. :')

My Awesome Ummi!

Nota kaki: Ambillah apa yg Cik Ain cerita ini sebagai satu pengajaran. Ia hanyalah secebis dr kenangan dan cerita masa silam Cik Ain. Apa yg penting, bukan kita yg dulu tapi diri kita yg sekarang & masa depan nanti. Itu yg paling penting. Lain orang, lain cerita, lain pengajarannya. :)